Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 29, 2009

papa buat hal, mama sikit pon tak marah papa

semalam papa lulus test kereta.
alhamdulillah.

petang tu, mama ngan papa nak kuar beli barang dapur.
papa beria2 pujuk mama, minta diberi kereta pada papa.
papa tak sabar nak test drive kereta mama.

mama pun bagi je la.
lagipun, mama tengok, kat depan umah takde banyak sangat kereta macam selalu.

memula papa undur kereta, ok lagi.
tapi sangkut kat side mirror.
so, papa ke depan sikit.
tapi, papa bukan ke depan sikit2 ye.
papa ke depan sampai langgar grill sliding door umah.
huhuhu.

mama agak memang teruk la bumper depan kan.
plus dah agak dua2 lampu mesti hancur.
skali tengok, lampu depan, sebelah je yang pecah.
bumper pon tak lah sampai terburai.
cuma dah terkopak sana sini.

papa berjuta2 kali minta maaf kat mama.
tapi mama cool je.
mama kata kat papa, takpela bang, benda nak jadi.
papa muka memang tak senang duduk.
dia kata, lepas ni dia fobia la nak bawak kereta lagi.
mama cerita la kat papa dulu mama dapat lesen pon, mama dah langgar bas mini shah alam.
lagi teruk.
so, smalam mama ngan papa pi kedai aksesori kereta,
tukar lampu.
kopak jugala rm185. sebab lampu original.
tauke kedai tu kata, kalau nak yang tak ori pon boleh,
rm40 je,
tapi nanti 3-4 bulan lepas tu,
macam2 problem ada.
mama ni kan pemalas nak ke workshop, jadinya, mama amek je la original part tu.

papa, kalau baca ni, mama sikit pon tak marak papa tau.
maybe sebelum mama mengandung dulu, mama cepat naik angin.
tapi sejak kandungkan baby H,
mama punya mood yang cool je.
jenis tak kesah.
hehehe. papa bernasib baik tau.

papa jangan serik bawa kereta ok.
sayang papa!

Thursday, April 23, 2009

mama tak sedap badan

hari ni mama rasa lembik badan.
mama rasa kepala noning sebab pagi tadi mama muntah teruk sangat.
mama rasa macam ada lendir dalam tekak.
tak boleh nak keluar.

perut mama dah bunyi2.
tapi mama tak tau nak makan apa.
sebab tekak mama tak boleh nak masuk apa pon skarang ni.
sampai je ofis, mama buat quaker oat.
tapi sampai dah sejuk quaker oat tu, mama tak makan2 jugak.

harap2 tengah hari nanti mama boleh makan la.
perut mama tak tahan ni.
maybe baby H pon tgh lapar skarang ni.
maafkan mama ye sayang.

Wednesday, April 22, 2009

papa banyak berkorban

mama penat sangat
dari pagi sampai skang,
asik turun naik tangga,
ke hulu ke hilir.

penat la baby H. mama skang ni nak papa ada kat ujung kaki mama urut2 kaki mama ni.
cian papa. hari2 kena urut kaki mama.
papa plak setia urut kaki mama biarpon papa penat balek keje.
setiap malam sebelum tidor, memang itula tugas papa.
tak pernah satu malam pon papa terlepas dari urut kaki mama.
kadang2 kalau mama da tertidor, papa urut kaki mama jugak.
mama boleh rasa sebab papa pakaikan krim panas tu.
memang buat mama rasa selesa je lepas tu.
tidor pon nyenyak je.

skarang ni mama makin kerap ke toilet.
kejap2 nak terkencing.
tu belum kira malam lagi. nak2 bila nak terkencing tengah2 malam pukul 2-3 pagi.
mama ni penakut sikit. mama mesti kejut papa biarpun toilet dalam bilik je.
papa la yang setia temankan depan pintu toilet.
papa sangat2 alert.
mama baru sebut nama papa, terus papa terjaga.

sebab tu la mama sayang papa.
sebab papa sayangkan mama tanpa ada batas. tiada sempadan langsung.
papa sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan kita berdua.

mama memang dah tak masak untuk papa dah 3 bulan. mama tak boleh masuk dapur langsung.
papa dah start bagi hint mintak mama masakkan untuk dia.
cian papa. dah jemu makan luar.
kalau masak sendiri pon, papa tak boleh masak goreng2.
nanti mama mabuk dengan bau minyak panas.
mama akan suruh papa bukak semua tingkap, sliding door yang ada.
cian papa. nak goreng telur pon kena suruh macam2.

tapi, dah 2 hari mama masakkan untuk papa.
mama dah boleh masuk dapur.
cuma mama tak tahan kalau tong sampah kat dapur tu ada sampahnya.
cepat2 mama suruh papa pegi buang. biarpon sampah tu sikit je.
mama tak tahan. sampah tak berbau pon mama tak boleh tengok.
papa happy sangat mama dah mula masakkan untuk papa.
baju yang dah 2 bulan tak berlipat pon, mama dah mula lipat isnin lepas.
semua dah settle. papa terkejut sangat.
tiba2 mama jadi rajin.

sebab sejak mama kandungkan baby H,
mama jadi malas.
mama malas pergi keje, mama malas pegi klinik, mama tak suka jalan2.
mama betul2 malas. mama rela terbaring je depan tv sepanjang hari.
bayangkan je la mama baca tafsir Quran pun mama sambil baring2.
sebab badan mama tak tahan.
kepala asik pening2 je.

alhamdulilah, skarang ni mama dah boleh buat kerja sikit2.
mama dah dapat kumpulkan semula kekuatan yang ada sebelum kandungkan baby H.

baby H ingat tau pengorbanan papa.

motif blog ni

mama ngengada ek buat blog untuk baby H?
hehehe.

sebenarnya, mama ngan papa nak baby H ada sesuatu untuk dikenang kelak bila baby H besar nanti.
inila antara 'scrapbook' dan catatan harian mama untuk baby H.
dan mama nak baby H tau macam mana mama harungi hidup sebagai bakal ibu dan sebagai ibu nanti.

mama letak je dulu nama baby H sebagai H sahaja.
sebab, mama memang nak letak nama baby H apa juga jantina baby H nanti,
ada pangkal H tu.
stakat ni, mama cuma baru dapat nama untuk baby perempuan je.
baby lelaki, mama serahkan pada papa.
papa tu biasala, cari2 nama bagai nak rak.
tapi end up ntahape2 nama dia jumpa.
hehehe. papa sweet sangat.

blog ni nanti mama nak semua ahli keluarga mama; atok, nenek, pakcik ajiq, maksu iqa, mak uda zaza semua dapat access untuk blog ni.
so, diorang boleh la updatekan perkembangan baby H bila baby H dah lahir nanti.
itu memang cita2 mama.
mama nak baby H tau semua orang sayangkan baby H. dan sangat2 hargai kedatangan baby H.

mama nak sambung wat keje ni. nanti mama tulis lagi ye sayang.

Tuesday, April 21, 2009

week 15

baby H dah ada dalam perut mama dah 15 minggu.
papa hari2 dok cakap2 ngan baby H tau.

papa tu tak sabar nak tunggu next scan.
mama rilex je. cuma mama hari2 berdoa agar anak mama ni sihat2 je dalam perut mama ni.

skang ni mama tiap2 pagi memang akan uwek2 je.
bangun je tidor, mama kena berlari ke toilet.
muntah2 kuning dan berlendir tu.
mama tak suka. sebab rasa tekak macam pelik2.
satu botol listerin sederhana tu untuk seminggu je.

mama tak sabar nak jumpa baby H! sungguh tak sabar!!!

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers