Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 22, 2009

papa banyak berkorban

mama penat sangat
dari pagi sampai skang,
asik turun naik tangga,
ke hulu ke hilir.

penat la baby H. mama skang ni nak papa ada kat ujung kaki mama urut2 kaki mama ni.
cian papa. hari2 kena urut kaki mama.
papa plak setia urut kaki mama biarpon papa penat balek keje.
setiap malam sebelum tidor, memang itula tugas papa.
tak pernah satu malam pon papa terlepas dari urut kaki mama.
kadang2 kalau mama da tertidor, papa urut kaki mama jugak.
mama boleh rasa sebab papa pakaikan krim panas tu.
memang buat mama rasa selesa je lepas tu.
tidor pon nyenyak je.

skarang ni mama makin kerap ke toilet.
kejap2 nak terkencing.
tu belum kira malam lagi. nak2 bila nak terkencing tengah2 malam pukul 2-3 pagi.
mama ni penakut sikit. mama mesti kejut papa biarpun toilet dalam bilik je.
papa la yang setia temankan depan pintu toilet.
papa sangat2 alert.
mama baru sebut nama papa, terus papa terjaga.

sebab tu la mama sayang papa.
sebab papa sayangkan mama tanpa ada batas. tiada sempadan langsung.
papa sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan kita berdua.

mama memang dah tak masak untuk papa dah 3 bulan. mama tak boleh masuk dapur langsung.
papa dah start bagi hint mintak mama masakkan untuk dia.
cian papa. dah jemu makan luar.
kalau masak sendiri pon, papa tak boleh masak goreng2.
nanti mama mabuk dengan bau minyak panas.
mama akan suruh papa bukak semua tingkap, sliding door yang ada.
cian papa. nak goreng telur pon kena suruh macam2.

tapi, dah 2 hari mama masakkan untuk papa.
mama dah boleh masuk dapur.
cuma mama tak tahan kalau tong sampah kat dapur tu ada sampahnya.
cepat2 mama suruh papa pegi buang. biarpon sampah tu sikit je.
mama tak tahan. sampah tak berbau pon mama tak boleh tengok.
papa happy sangat mama dah mula masakkan untuk papa.
baju yang dah 2 bulan tak berlipat pon, mama dah mula lipat isnin lepas.
semua dah settle. papa terkejut sangat.
tiba2 mama jadi rajin.

sebab sejak mama kandungkan baby H,
mama jadi malas.
mama malas pergi keje, mama malas pegi klinik, mama tak suka jalan2.
mama betul2 malas. mama rela terbaring je depan tv sepanjang hari.
bayangkan je la mama baca tafsir Quran pun mama sambil baring2.
sebab badan mama tak tahan.
kepala asik pening2 je.

alhamdulilah, skarang ni mama dah boleh buat kerja sikit2.
mama dah dapat kumpulkan semula kekuatan yang ada sebelum kandungkan baby H.

baby H ingat tau pengorbanan papa.

4 comments:

pRincESs_N said...

bahagianyerrr bilerr pregnant ni....dlayan cm puteri....suwittt sgt...

@}--niEra-- said...

bahgianya....pasangan contoh nih..baby H harus jadi anak yg baik

@LiYaNNuaR ツ said...

cemtu la... kan mama kan... best nyaaaa mama... layanan first class gitu, ahaks...

aleena said...

soo sweett when baby h read tiz things when he or she grow up soon:))

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers